Sinopsis: Puisi Anak Dunia karya Siso Kopratasa

Puisi Anak Dunia adalah gambaran jujur tentang akibat dan musibah yang datang dari kesan perperangan. Anak-anak kecil menjadi cacat akibat dimamah peluru manakala ibu-ibu kehilangan suami, anak-anak kehilangan bapa, bumi bersih hanyir dengan darah. Nilai kemanusian hilang dalam sekelip mata. Mereka yang tak mengerti mula belajar menjadi ganas. Kesepakatan kata dan semangat musnah kerana perang.

Puisi Anak Dunia tidak lupa juga menyelitkan harapan anak-anak dunia terhadap pemimpin masa kini untuk menjadikan dunia hari ini syurga keamanan, bebas dari peperangan yang membunuh generasi masa depan.



BAJINGAN PERANG

Kerlipan dilangit bukan bunga api fiesta olimpik tapi desingan mortar dan peluru mencari tubuh adik manis yang masih lena dipelukkan bonda.

Ayahku sudah lama tak berkaki,
Nenekku ..sudah lama tak bermata
Ibuku sudah lama tak bertangan
Dan aku sudah lama tak dengar lagu ketenangan.

Ku ingin bertanya pada mu .
Berapa ribu lagi tubuh anak kecil perlu diratah oleh pelurumu. Berapa ribu lagi negara harus tersungkur rebah dalam perlumbaan senjata mu.

Tuhan..
Arahkan mata pedang pada mereka yang mencaturkan kehidupan dunia............

SISO KOPRATASA
17. 9. 2008



Synopsis: Poem - Drama, "Children of the World", by Siso Kopratasa

This poem-drama depicts the horrors of war. Children are maimed by bullets and bombs, wives lose husbands, families lose fathers, the world becomes awash with the blood of innocents.

Human life loses value in an instant. As bombs are dropped and bullets are sprayed, the innocent learn brutality, and the spirit of humanity is crushed.

"Children of the World" is also about the hopes of the young for the leaders of today to build a peaceful tomorrow, free from the senselessness and destruction of war.




DAN INILAH JANJI PERANG


Dan inilah janji perang.
Bukan kedamaian seindah syurga
Atau makan yang enak enak
Atau pakaian yang cantik cantik.

Ada anak yang terbakar martabatnya ,
Ada anak yang hilang kehormatanya
Ada anak yang tercalar sahsiahnya
Ada anak terbunuh maruah bangsanya.

Darah yang menganak bagaikan sungai
membawa jauh nilai kemanusian dalam hanyir
yang berbau belerang peluru dan mortar.
Dan disini wajah wajah anak kecil penuh kesakitan.
Inilah janji perang....

SISO KOPRATASA
17. 9. 2008


LAMAN KEDAMAIAN

Mari kita jadikan dunia ini laman kedamaian.
Disini pucuk pucuk kasih kembali menghijau
Kembang kembang cinta kembali mekar
Pohon pohon insani merendang berbunga lebat.

Kita satukan kasih sesuci embun surga
Kita padukan kata seteguh Everest
Kita kejapkan jiwa sekejap Tembok Besar
Kita tuluskan kasih seindah Taj Mahal

Hari ini kita berkumpul dari seluruh benua.
Dengan satu tekad dengan satu niat.
Dengan satu azam dengan satu lafaz
Kembalikan dunia dengan keindahan bagaikan syurga.
Kerana ini laman kedamaian anak dunia membena
tamadun baru.

SISO KOPRATASA
17. 9. 2008

 

 

© 2009 Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War Incorporated. Usage of content without proper authorisation is strictly prohibited.